GLOBAL WARMING
Keadaan cuaca sekarang tidak menentu. Waktu yang biasanya musim hujan tapi berubah jadi musim panas. Nelayan pun ada yang merungut nak ramal cuaca sekarang kadang-kadang tersilap. Masa baru naik bot cerah sampai di tengah laut tiba-tiba gelap nak hujan. Tempat-tempat yang tak pernah berlaku banjir juga sudah mengalami banjir contoh di Johor dan Kedah baru-baru ini. Puting beliung atau tornado juga semakin kerap dilaporkan di Malaysia. Ini semua adalah disebabkan Pemanasan Global.
Pemanasan global adalah peningkatan suhu dunia. Bumi menjadi semakin panas setiap hari.
Kesan Pemanasan Global
1. Ais di Kutub Utara dan Selatan semakin mencair - paras laut meningkat - banjir berlaku
2. Ribut kerap berlaku
3. Gempa bumi
4. Penyebaran penyakit seperti malaria, demam denggi, kanser kulit dan kolera.
5. Perubahan cuaca mendadak.
Puting beliung dan waterspout di Malaysia pun semakin banyak dilaporkan, kesan dari perubahan cuaca akibat pemanasan global, di Gurney drive Pulau Pinang, Yan Kedah, Port Dickson, Perlis, Terengganu, Pulau Langkawi, Pulau Besar Mersing, Bazaar Ramadhan Melaka dan beberapa tempat di Sabah seperti di Kuala Penyu, Lahad Datu dan Sarawak di Mukah dan Miri. Kebanyakan video ada di laman youtube.
Seolah-olah dikejar ribut |
Punca Pemanasan Global
Sebenarnya punca pemanasan global adalah perbuatan tangan manusia sendiri.
Kajian mendapati 98% daripada punca pemanasan global adalah berpunca daripada pelepasan gas Karbon Dioksida yang dilepaskan daripada pembakaran bahan api fosil. Bahan api fosil ialah bahan yang berasal dari haiwan dan tumbuhan yang mati berjuta-juta tahun dahulu dan bertukar menjadi bahan yang mudah terbakar seperti petroleum, gas asli dan arang batu.
"Semakin banyak Karbon dioksida di udara bumi akan semakin panas"
Maksudnya pelbagai kenderaan, asap kilang dan sebagainya yang menggunakan petrol, diesel dan bahan api lain yang berasal dari petroleum juga adalah penyumbang terbesar peningkatan gas karbon dioksida di udara. Habis tu takkan kita nak tutup kilang, takkan nak jalan kaki, berenang, Jadi semuanya akan berlaku juga tapi boleh dilambatkan.
Bagaimana nak lambatkan??
Kita tahu puncanya adalah pelepasan gas karbon dioksida yang banyak. Jadi caranya:
1. Kurangkan pelepasan gas karbon dioksida..
..dengan cara
- kurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak,
- guna basikal,
- amalkan kongsi kereta,
- Stesen janakuasa elektrik sekarang guna petroleum dan arang batu untuk hasilkan tenaga elektrik boleh tukar guna kincir angin ke guna ombak atau empangan untuk hasilkan tenaga elektrik.
- guna elektrik secara berhemah, (switch on kalau guna, off kalau tak guna)
- guna alat elektrik yang jimat tenaga macam peti ais Toshiba aku yang ada sticker oleh Suruhanjaya Tenaga yang menyatakan ianya jimat tenaga 5 bintang,
- kalau banyak duit beli kereta yang guna teknologi hybrid (kereta yang guna separuh petrol dan separuh tenaga elektrik untuk berfungsi),
- guna sel solar,
2. Tingkatkan penggunaan gas karbon dioksida
dengan cara..
- banyakkan tanam pokok atau rumput di rumah....sebab...tumbuh-tumbuhan guna gas karbon dioksida untuk buat makanannya sendiri (fotosintesis)..jadi semakin banyak tumbuh-tumbuhan semakin banyak karbon dioksida digunakan dan semakin kurang karbon dioksida di udara dan semakin selamat bumi daripada Pemanasan Global.
- Jangan tebang pokok sebarangan kalau tak perlu. Macam pokok balak, kalau dah tebang tanam semula anak balak tu bukannya tebang dan tinggal.
Jangan disebabkan wang kita gadaikan alam. Kalau kaya raya tapi duduk dalam keadaan yang kurang aman pun tak guna juga. Kalau kaya raya tapi sakit kanser kulit ke demam malaria ke tak guna juga.
Jadi buatlah yang terbaik untuk kita dan keluarga kita. Kalau bukan untuk kita pun BERKORBANLAH untuk anak, cucu, cicit, piut dan yang seterusnya.
ikhlas dari hati ke hati..
tornado in penang |
tornado in kedah |
tornado in perlis |
waterspout in miri |
waterspout in johor |
No comments:
Post a Comment