Wednesday, February 2, 2011

Bagaimana Menukar Saiz Tayar dan Rim - How to Change Tyre and Rim Size (bilingual)

Panduan Menukar Rim
Panduan Menukar Saiz Tayar dan Rim.

Ramai pemilik kereta gemar menukarkan tayar dan rim ke saiz yang lebih besar dari yang sedia ada. Jarang kita dengar orang menukar saiz tayar dan rim ke saiz yang lebih kecil. Banyak alasan yang menyebabkan pemilik kereta ingin menukar saiz tayar dan rim antaranya
  • ingin meningkatkan kuasa pecutan (acceleration)
  • ingin kenderaan kelihatan menarik
  • ingin menjimatkan penggunaan bahan api (minyak)
  • ingin mendapatkan rim yang tahan lasak
  • ingin mengurangkan berat kenderaan dengan menggunakan rim yang lebih ringan.
  • ingin kenderaan lebih stabil

Tapi haruslah diingat, menukar saiz tayar dan rim ke saiz yang lebih besar tidak semudah yang disangkakan. Ia memerlukan wang yang banyak. 


lebih berkualiti + lebih ringan + lebih tahan lasak + berjenama import = lebih mahal (maybe RM3K ke atas - nak murah kat kedai potong ada)



Ia juga memerlukan sedikit pengetahuan tentang kesan dan akibat daripada penukaran saiz tayar dan rim tersebut supaya tidak tertipu oleh sesetengah penjual yang ingin mengaut keuntungan semata-mata. 


Many car owners prefer to change the tire and rim to a larger size than the existing. We rarely hear people changing tires and rim size to smaller sizes. The reasons for the car owners who wants to change the tire and rim size are

     * to increase the power of the acceleration
     * to make their
vehicle look attractive
     * to save fuel (oil)
     * to get a durable rim
     * to reduce vehicle weight by using a lighter rim.
     * to increase
vehicle stability


But it must be aware, to change the size of the tire and rim to a larger size is not easy. It requires a lot of money.

better quality + more + more durable lightweight + imported brands = more expensive (maybe arround RM3K and above)
and...

requires some knowledge about the causes and effects of the conversion of tire and rim size in order to avoid to be fooled by some irresponsible sellers .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panduan Menukar Rim
Panduan Menukar Saiz Tayar dan Rim.

Guide to change Tire and Rim Size

Tukar tayar dan rim ke saiz yang lebih besar akan :

1- mengurangkan pecutan kenderaan anda -


Saiz tayar dan rim yang lebih besar akan meningkatkan diameter tayar kenderaan anda. 
Diameter tayar yang lebih besar memerlukan tenaga yang lebih untuk memusingkan tayar.
 Ia sama keadaanya seperti menggolekkan duit syiling 5 sen dan 50 sen. Menggolekkan duit syiling 5 sen lebih mudah berbanding 50 sen kerana diameter 5 sen lebih kecil (abaikan jisimnya). Kuasa enjin kenderaan tetap sama dan tidak berubah yang berubah adalah diameter tayar. Enjin memerlukan tenaga yang lebih untuk menggerakkan tayar yang berdiameter lebih besar. Ini akan mengurangkan pecutan kenderaan anda.(atau lebih senang paham - kurang pikap)
Kesimpulannya, "Semakin besar tayar semakin rendah pecutan"
Maka tukarkan ke saiz yang bersesuaian agar tidak terlalu besar berbanding tayar sedia ada.


2- mengubah ketepatan bacaan speedometer -

Speedometer membaca kelajuan kenderaan berdasarkan transmisi dan saiz tayar sedia ada. Walaupun saiz tayar diubah tetapi speedometer tetap membaca kelajuan kenderaan anda berdasarkan saiz tayar asal. Sebagai contoh: Jika anda menukarkan tayar bersaiz 185/55R15 kepada 195/55R17, bacaan speedometer yang menunjukkan kelajuan 110 kmj sepatutnya menunjukkan bacaan 121.88 kmj. Dengan kata lain anda sebenarnya membawa kenderaan bukan pada kelajuan 110 kmj tetapi 121.88 kmj. Ini adalah berdasarkan suatu kaedah pengiraan yang khusus yang boleh didapati dalam beberapa halaman di internet. Maka tidak hairanlah ada beberapa individu yang pernah menukar saiz tayar dan rim memperolehi saman had laju walaupun yakin mereka membawa kenderaan pada kelajuan yang dibenarkan.
 (untuk download tire calculator klik disini : file ni hanya boleh dibuka menggunakan OpenOffice Calc sahaja. Nak download OpenOffice free je klik disini)



3- menambah ketinggian kenderaan -

Mengubah saiz tayar dan rim boleh menambahkan ketinggian kenderaan anda.

 Kenderaan yang terlalu tinggi atau rendah dari had yang ditetapkan boleh mengganggu fungsi suspension kenderaan anda. Anda juga boleh mengalami sedikit kesukaran ketika membelok.

Oleh itu, pilih saiz tayar dan rim yang benar-benar sesuai dengan kenderaan anda, cuba dapatkan nasihat daripada rakan-rakan berpengalaman atau website yang ada kalkulator tayar.
 (kalau ada masa nnt aku try buat satu guna excel then korang blh download)

Change the tires and rims to a bigger size will:
 
1 - reduce the acceleration of your vehicle - 
The larger tire has higher diameter.
Tire that has larger diameter requires more energy to turn the wheels.

  It is the same as rolling 5 cents and 50 cents coin.
Rolling a 5 cents coin is easier than a 50 cents coin because 5 cents coin has smaller diameter (ignore its mass). Engine power remains the same eventhough the diameter of the tire changed. The engine requires more energy to move the larger diameter tires. This will reduce the acceleration of your vehicle.

In other words, "The bigger the tire the lower the acceleration"

Then change to the appropriate size, not too large compared to existing tires.
 
2 - change the accuracy of the speedometer reading -


Speedometer reading based on the transmission and stock tire sizes of a car. Although the size of the tire changed, but the speedometer still reads the speed of your vehicle based on the original tire size. For example: The effect of changing the tire size of 185/55R15 to 195/55R17 is,  
When your speedo reads 110kmh you will actually be doing 121.88 kmh.
This is based on a specific calculation method which can be found in some of the webpages. So no wonder there are some individuals who receive summon ticket due to the driving over speed limit even sure they carry the vehicle at a speed that is allowed.
(to download tire size calculator click here : this file can only be opened by OpenOffice software. Click here to download it for free)
3 - increase the height of the vehicle -


Changing the size of the tire and rim could increase the height of your vehicle.
   Vehicles that are too high or low of the prescribed limit may interfere with the function of your vehicle suspension. You can also experience some difficulty when turning.



Therefore, you should be careful to choose the size of the tire and rim that is really suits for your vehicle, try to get advice from experienced colleagues or websites that have knowledges about tires and tire size calculators.

Monday, January 24, 2011

MENGENAL TAYAR ANDA - ABOUT YOUR WHEELS (bilingual) - Part 2

SAIZ TAYAR - TYRE SIZE




185/55 R15 


Saiz Tayar - Tyre size


CENGKAMAN TAYAR dan TREADWEAR
TYRE TRACTION and TREADWEAR



CENGKAMAN TAYAR - TYRE TRACTION
Cengkaman tayar ialah kemampuan tayar untuk berhenti pada permukaan yang basah. Tayar mempunyai gred ”AA”, “A”, “B” dan “C” Tayar yang mempunyai cengkaman gred AA mempunyai keupayaan yang paling baik untuk menghentikan kenderaan pada jalan yang basah diikuti dengan gred A, B dan seterusnya C.

Tyre traction is the ability of the tire to stop on wet surfaces. Tyres have a grade of "AA", "A", "B" and "C". Tyres that have grade AA has the best ability to stop the vehicle on a wet road, followed by Grade A, B and then C.
TREADWEAR
Treadwear ialah nilai yang menunjukkan sejauhmanakah ketahanan tayar sebelum permukaan tayar haus. Semakin tinggi nilai treadwear pada tayar semakin lama masa diambil untuk ianya haus. Tayar yang mempunyai nilai tradewear 400 lebih tahan lama berbanding yang mempunyai nilai 200. 

Treadwear is a value that indicates to the resistance of the tire before the tire worn out. The higher the treadwear on the tires the longer it takes to wear out. Tires that have a value of  tradewear 400 more durable than a value of 200.

Friday, January 14, 2011

MENGENAL TAYAR ANDA - ABOUT YOUR WHEELS (bilingual) - Part 1

Tayar Pecah - Burst Tire

Banyak kes dilaporkan tentang tayar pecah dan seterusnya mengundang kemalangan yang dahsyat. Tayar yang pecah boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan dan akhirnya terbabas dan macam-macam perkara boleh berlaku dan ada di antaranya meragut nyawa diri dan orang-orang tersayang.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERATAP, MENANGIS, MENYESAL, MEMBAIKI KERETA, MEMBAYAR SAMAN DAN SEBAGAINYA..

Oleh itu KENALI tayar kenderaan anda lebih DEKAT agar kemalangan dapat dielakkan.

Many cases have been reported about the tire burst, and then invite a terrible accident. A burst tire can cause the driver lost control and eventually crashed and all unwanted things could happen, and some killed themselves and their loved ones.

PREVENTION IS BETTER THAN MOURN, CRY, REGRET, REPAIR THE CAR,
PAY SUMMONS ETC..

So you better KNOW your tires closely for accidents can be avoided.


Tips Mengenal Tayar Anda
About Your Wheels



1. Lihat dan kenalpasti 4 angka yang terdapat pada tayar kenderaan anda. Ia menunjukkan minggu (bulan) dan tahun tayar itu dikeluarkan dan bila ia akan luput. Sebagai contoh :
1. Identify the four digits of your vehicle's tires. It shows the week (month) and year the tire was manufactured and expires. For example:


1908 
- minggu ke 19 dalam tahun 2008.
- Week 19 in 2008.
- tayar dikeluarkan pada bulan MEI 2008.
- tire released in May 2008.
- tayar akan tamat tempoh selepas 4 tahun iaitu pada MEI 2012.
- tire will expire after four years of the May 2012.
- tayar tamat tempoh boleh pecah jika masih digunakan.
- expired tires may burst if it is used.



2. Kenalpasti angka yang menunjukkan jumlah tekanan maksimum yang dibenarkan bagi tayar anda. Jika tekanan udara kurang dari yang sepatutnya, tayar akan menjadi panas dan ini akan merosakkan tayar.
2. Identify the number that indicates the maximum amount of pressure for your tires. If the air pressure less than that, the tire will heat up and this will damage the tire.
         
   
             
    Tekanan Maks              Tekanan yang boleh diterima
Max Pressure                       Acceptable Pressure 
32 PSI                                           28 PSI 
44 PSI                                           35 PSI 
50 PSI                                           44 PSI



3. Kenalpasti angka yang menunjukkan jumlah muatan maksimum yang boleh dibawa tayar kenderaan anda. Contohnya :



82V
- merujuk jadual di sini, 82 menunjukkan kapasiti maksimum muatan yang dibenarkan tidak melebihi 475kg atau 1047 pounds.
 - Refer the table here, 82 showed a maximum load capacity allowed below 475kg or 1047 pounds.
 - 'V' menunjukkan halaju maksimum yang sesuai untuk tayar itu ialah 240 km/j.
- 'V' shows the maximum velocity for the tire is 240km / h.

 

Bagaimana Menghantar Fail & Folder melalui Email - How to Attach a Files&Folder via Email (bilingual)

Lihat video di bawah Bagaimana Menghantar Fail & Folder melalui Email
This is a video for you on how to attach a files&folder via email.


Friday, January 7, 2011

Cermin Blind Spot - Blind Spot Mirror (Bilingual)

Cermin Blind Spot - Blind Spot Mirror

Blind Spot Mirror


Blind spot semasa memandu ialah kawasan yang tidak kelihatan dalam cermin sisi anda semasa memandu. Kenderaan yang berada di dalam kawasan itu tidak dapat dilihat dan ini boleh menyebabkan kemalangan jika anda menukar lorong.

Penyelesaianya gunakan blind spot mirror.

Blind spot mirror adalah cermin untuk yang digunakan untuk meningkatkan sudut pandangan cermin sisi kenderaan anda. Dengan adanya cermin ini anda akan dapat melihat kenderaan lain yang berada dalam kawasan blind spot. Mari kita lihat cara pemasangannya di bawah.

Blind spot while driving is  an area that cannot be seen in your side mirrors while driving. Vehicles that are in the area are not visible and this can cause an accident if you change lanes.

The solution is, use a blind spot mirror.

Blind spot mirror is used to improve the point of view of the side mirror of your vehicle. With this mirror you will see other vehicles in the blind spot. Let us see how to installation it below.



Bagaimana memasang blind spot mirror

How to install blind spot mirrors

1. Bersihkan cermin dengan kertas tisu
1. Clean the glass with tissue paper


 2. Tanggalkan lapik pelekat di belakang cermin itu.
2. Remove the adhesive liner on the back of the mirror.


 3. Lekatkan blind spot mirror pada kedudukan seperti dalam rajah di atas.
3. Paste the blind spot mirror in the position shown in the diagram above.


4. Gosok dan tekan blind spot mirror dengan kertas tisu supaya ianya bersih dan dapat melekat dengan kuat.
4. Rub and press the blind spot mirror with tissue paper to clean it and to make the mirror firmly attached.

---------------------------------------------------------------------------------------

 Sudut pandangan sebelum blind spot mirror dipasang
Point of view before the blind spot mirror installed


 Sudut pandangan yang lebih luas selepas blind spot mirror dipasang
Broader point of view after the blind spot mirror installed

 ---------------------------------------------------------------------------------------