Puasa pada Hari Asyura 10 Muharram
Esok adalah Hari Asyura bagi umat Islam iaitu pada 10 Muharram 1431 pada Hari Khamis 16 Disember 2010. Berikut adalah beberapa hadith tentang puasa di Hari Asyura yang saya ambil dari Koleksi Hadith Jakim di http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Sejarah Puasa Assyura
Hadith :
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Fadhilat Puasa Assyura |
Hadith : |
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". (Muslim) |
Huraian Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Hal ini termasuklah peluang-peluang melakukan amal ibadat yang diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda berbanding dengan amalan-amalan yang dilakukan pada waktu-waktu biasa. Contohnya Allah memuliakan bulan Muharram dan menggalakkan kita berpuasa sunat. Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya tetapi hakikatnya itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim itu dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan cara yang terbaik iaitu ia tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu yang dikurniakan padanya kerana apabila seseorang itu sudah ditimpa sakit ataupun sibuk barulah mereka terasa akan kekurangan diri dalam mempersiapkan bekalan di hari akhirat kelak. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyahut seruan Rasulullah ini mudah-mudahan ketaqwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat. |
Puasa Sunat, Sembahyang Sunat, Dibulan Yang Dimuliakan |
Hadith : |
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan) (Muslim) |
Huraian
1. Puasa sunat yang sangat dituntut kepada umat Islam mengerjakannya selepas daripada puasa fardhu (Ramadhan) ialah puasa pada bulan Muharram, sama ada di awal, di tengah atau di akhir bulan.
2. Islam menganjurkan kepada semua umatnya agar memperbanyakkan ibadat sunat termasuk solat sunat di mana sembahyang sunat yang paling mulia dan banyak kelebihannya di sisi Allah ialah sembahyang sunat di waktu malam, lebih-lebih lagi di waktu malam di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah.
Berhati-hati dalam memilih hadis kerana terdapat juga hadis-hadis yang palsu (maudhu') yang menceritakan tentang kelebihan Hari Asyura.
Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa | |||
Hadith : | |||
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”
(Bukhari & Muslim) Huraian Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja. ---------------------------------------------------------------------------------------- Puasa Penyelamat Dari Api Neraka |
----------------------------------------------------------------------------------------
Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa |
Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Riwayat Bukhari dan Muslim |
----------------------------------------------------------------------------------------
Jadi marilah kita berpuasa esok. InsyaAllah dengan keikhlasan kita berpuasa hanya kerana ALLAH maka kita akan beroleh ganjaran daripadaNya.
----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
(Muslim)
Huraian :
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.
----------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment