Thursday, December 30, 2010

Tinted Cermin Tingkap Rumah - HOME WINDOW TINTING (bilingual)



























Cara Tinted Cermin Tingkap Rumah

How to Tint Windows at your Home


 1. ukur panjang dan lebar tingkap yang hendak
1. measure length and width of the window


 2. Ukur dan tandakan pada plastik tinted.
2. Measure and mark on the tinting film.

 3. potong plastik tinted guna pisau dan pembaris logam.
3. cut the tinting film with knife and metal ruler.


 4. Semburkan cecair sabun pada cermin tingkap
Sabun licin memudahkan untuk mengubah kedudukan plastik tinted.
4. Spray liquid soap on the window glass
Soap used to make it easier to change the position of the tinting film.

 5. Tanggalkan lapisan belakang plastik tinted
5. Remove the back layer of the tinting film


 6. Lekatkan plastik pada cermin yang telah disembur cecair sabun dan semburkan cecair sabun di atas plastik.
6. Paste the film onto the mirror which has been sprayed by liquid soap and spray more liquid soap on the film.


 7. Guna kain dan urut ke kanan, kiri, atas dan bawah untuk menyingkirkan air sabun sehingga tiada gelembung udara.
7. Use a cloth and massage the film to the right, left, top and bottom to remove the soapy water until no air bubbles.



Kalau tak guna air sabun boleh guna hair dryer untuk melekatkan pada cermin tapi kena guna letrik sikit la..
If you do not use soapy water you can use hair dryer to attach the film to the mirror but then you should pay extra on your electrical bill.


so..SELAMAT MENCUBA and Do It Yourself.
 


Wednesday, December 29, 2010

Malaysia vs Indonesia final akhir Piala Suzuki AFF 2010



Tarikh : 29 Dis 2010
Tempat : Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
jumlah penonton : 80,000 org

Keputusan


Malaysia vs Indonesia final akhir Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia 1 – 2 Indonesia

Senarai Penjaring

Malaysia Mohd Safee Sali

Indonesia
Nasuha
Muslim Ahmad - gol sendiri (own goal)

Pengadil dari Australia, Myanmar, dan Thailand




Jaringan Safee Sali memang cantik selepas serangan balas pantas dan hantaran yang cantik.

Penjaga gol Malaysia yang berkeyakinan tinggi

Jurulatih Malaysia - K Rajagopal


Penjaring terbanyak Safee Sali 5 gol

dapat USD 100,000

dapat imbuhan daripada kerajaan Malaysia



MENANG!!



Keputusan keseluruhan
Malaysia menang dengan agregat 4 - 2

Indonesia menang naib juara kali keempat

Sunday, December 26, 2010

Malaysia Menang final pertama 26/12/2010



Malaysia vs Indonesia final pertama Piala Suzuki AFF

Malaysia Menang final pertama 26/12/2010

Malaysia 3 – 0 Indonesia



SENARAI PENJARING
Mohd Safee Sali - dua gol pada minit ke-60 dan 72  

Mohd Ashari Samsudin (yg menggantikan Amirulhadi Zainal) pada minit ke-68








Tuesday, December 21, 2010

Masa semakin singkat

 

Kiamat Hampir Tiba (Majalah Cahaya Feb 2006)
KIAMAT HAMPIR TIBA?



Allah berfirman dalam bermaksud:



“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”

Surah al-Hajj ayat 7
 


Dalam ayat lain Allah berfirman:



“Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik”  

Surah al-Hijr ayat 85




Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:

 

 

Penaklukan Baitulmaqdis

Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

 

 

Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)

 

 

Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)

 

 

Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)

 

 

Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)

 

 

Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)

 

 

Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)

 

 

Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)

 

 

Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

 

 

Bulan Sabit Kelihatan Besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)

 

 

Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)

 

 

Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

 

 

Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)


Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara.


Monday, December 20, 2010

KALIMAH ALLAH IN LANGKAWI

KALIMAH ALLAH IN LANGKAWI

"Tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH"



Gambar ini aku dan rakan-rakan ambil sendiri semasa dalam perjalanan ke Pulau Tuba, Langkawi pada 7 Mei 2007 hari Selasa.

Tulisan kalimah Allah yang begitu jelas.



Subhanallah..Mahasuci Allah
yang berkuasa memperlihatkan bukti kewujudanNya.


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah
syukur di atas petunjukNya.


La ilaha illallah..Tiada tuhan selain Allah
sesungguhnya solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita hanyalah kerana ALLAH


Allahu Akbar..Allah Maha Besar
Besarnya kekuasaanMu ya ALLAH





Video tentang kalimah ALLAH ini aku upload ke dalam youtube dan ini link nya.






Oleh itu marilah kita..

..Kerjakan perintahNya dan tinggalkan laranganNya.


Kembalilah ke jalan menuju Allah S.W.T dan
jadikan Muhammad Rasulullah contoh ikutan.

Sunday, December 19, 2010

Cara Pasang Wiper Kereta - How to Install Car Wiper (bilingual)


Cara Pasang Wiper Kereta

How to Install Car Wiper 

Bagaimana cara pasang wiper kereta. Dulu aku pun tak tahu bagaimana cara pasang wiper kereta tapi selepas berguru dengan abang aku merangkap foreman jadi sekarang aku faham dan boleh tukar wiper kereta aku sendiri.Senang sangat-sangat. Di bawah ada video bagaimana memasang wiper kereta.

Before, I did not know how to install wiper car but after a lesson with my brother who is a foreman so now I know how to change my car wiper on my own. Piece a cake. Below is a video on how to installcar wiper.



Aku pasang wiper keluaran Germany. Aku beli saiz 14 inci dan 21 inci, jumlah kos RM38. Saja aku nak cuba menurut kata salesperson wiper jenis ni

1. lebih fleksibel.
2. pergerakan yang lancar sebab rekabentuk yang aerodinamik
3. Rubber strip boleh wipe air dengan baik
4. tekanan sama rata ke atas cermin jadi ia akan tahan lama
5. lebih senyap

I use the wiper made in Germany. I bought size 14 inches and 21 inches, the total cost is RM38. I just want to try it. According to the salesperson who sold it to me, he said that this type of wiper:

1. more flexible.
2. The smooth movement due to its aerodynamic design
3. Rubber strips able to wipe water better
4. equal pressure on the mirror so it will last longer
5. quieter

Selepas aku guna wiper ni memang betul apa yang dicakapkan. Cuma untuk tahan lebih lama wiper tu perlu diangkat bila kereta tak digunakan. Sekarang pun banyak orang tengah promosi wiper jenis ini di kebanyakan pasaraya. Belum cuba belum tahu.

After using this wiper, I believe what he said to me. Other than that, for longer lasting, wiper should be lifted when the car is not used. Now there are many promotion about this type of wiper in most supermarkets. You should try it.

Wiper lama. Tahan lama juga
 My old wiper



Video bagaimana memasang wiper kereta.
Video on how to install car wiper



SELAMAT MENERAI!

Tuesday, December 14, 2010

Hari Asyura 10 Muharram



Puasa pada Hari Asyura 10 Muharram

Esok adalah Hari Asyura bagi umat Islam iaitu pada 10 Muharram 1431 pada Hari Khamis 16 Disember 2010. Berikut adalah beberapa hadith tentang puasa di Hari Asyura yang saya ambil dari Koleksi Hadith Jakim di http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp



Sejarah Puasa Assyura
Hadith :
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".

 


Fadhilat Puasa Assyura
Hadith :

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".

 
(Muslim)



Huraian
Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Hal ini termasuklah peluang-peluang melakukan amal ibadat yang diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda berbanding dengan amalan-amalan yang dilakukan pada waktu-waktu biasa. Contohnya Allah memuliakan bulan Muharram dan menggalakkan kita berpuasa sunat. Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya tetapi hakikatnya itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim itu dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan cara yang terbaik iaitu ia tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu yang dikurniakan padanya kerana apabila seseorang itu sudah ditimpa sakit ataupun sibuk barulah mereka terasa akan kekurangan diri dalam mempersiapkan bekalan di hari akhirat kelak. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyahut seruan Rasulullah ini mudah-mudahan ketaqwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat.
 
 



Puasa Sunat, Sembahyang Sunat, Dibulan Yang Dimuliakan
Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)

 
(Muslim)


Huraian
1. Puasa sunat yang sangat dituntut kepada umat Islam mengerjakannya selepas daripada puasa fardhu (Ramadhan) ialah puasa pada bulan Muharram, sama ada di awal, di tengah atau di akhir bulan.
2. Islam menganjurkan kepada semua umatnya agar memperbanyakkan ibadat sunat termasuk solat sunat di mana sembahyang sunat yang paling mulia dan banyak kelebihannya di sisi Allah ialah sembahyang sunat di waktu malam, lebih-lebih lagi di waktu malam di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah.

 


Berhati-hati dalam memilih hadis kerana terdapat juga hadis-hadis yang palsu (maudhu') yang menceritakan tentang kelebihan Hari Asyura.


Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa 
Hadith :

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

 
Hadith :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”

 
(al-Bukhari dan muslim)
Huraian
Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak. 
 

(Bukhari & Muslim)
Huraian
Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.
  
----------------------------------------------------------------------------------------
Puasa Penyelamat Dari Api Neraka
Link : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=675

----------------------------------------------------------------------------------------

Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

 
Riwayat Bukhari dan Muslim
 
---------------------------------------------------------------------------------------- 

Jadi marilah kita berpuasa esok. InsyaAllah dengan keikhlasan kita berpuasa hanya kerana ALLAH maka kita akan beroleh ganjaran daripadaNya.
----------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------- 

----------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------- 

(Muslim)
Huraian :
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.

----------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, December 12, 2010

PEMANASAN GLOBAL GLOBAL WARMING



PEMANASAN GLOBAL 

GLOBAL WARMING

Keadaan cuaca sekarang tidak menentu. Waktu yang biasanya musim hujan tapi berubah jadi musim panas. Nelayan pun ada yang merungut nak ramal cuaca sekarang kadang-kadang tersilap. Masa baru naik bot cerah sampai di tengah laut tiba-tiba gelap nak hujan. Tempat-tempat yang tak pernah berlaku banjir juga sudah mengalami banjir contoh di Johor dan Kedah baru-baru ini. Puting beliung atau tornado juga semakin kerap dilaporkan di Malaysia. Ini semua adalah disebabkan Pemanasan Global.


        


Pemanasan global adalah peningkatan suhu dunia. Bumi menjadi semakin panas setiap hari.

Kesan Pemanasan Global

1. Ais di Kutub Utara dan Selatan semakin mencair - paras laut meningkat - banjir berlaku
2. Ribut kerap berlaku
3. Gempa bumi
4. Penyebaran penyakit seperti malaria, demam denggi, kanser kulit dan kolera.
5. Perubahan cuaca mendadak.

Puting beliung dan waterspout di Malaysia pun semakin banyak dilaporkan, kesan dari perubahan cuaca akibat pemanasan global, di Gurney drive Pulau Pinang, Yan Kedah, Port Dickson, Perlis, Terengganu, Pulau Langkawi, Pulau Besar Mersing, Bazaar Ramadhan Melaka dan beberapa tempat di Sabah seperti di Kuala Penyu, Lahad Datu dan Sarawak di Mukah dan Miri. Kebanyakan video ada di laman youtube.



Seolah-olah dikejar ribut


Punca Pemanasan Global

Sebenarnya punca pemanasan global adalah perbuatan tangan manusia sendiri.

Kajian mendapati 98% daripada punca pemanasan global adalah berpunca daripada pelepasan gas Karbon Dioksida yang dilepaskan daripada pembakaran bahan api fosil. Bahan api fosil ialah bahan yang berasal dari haiwan dan tumbuhan yang mati berjuta-juta tahun dahulu dan bertukar menjadi bahan yang mudah terbakar seperti petroleum, gas asli dan arang batu

"Semakin banyak Karbon dioksida di udara bumi akan semakin panas"

Maksudnya pelbagai kenderaan, asap kilang dan sebagainya yang menggunakan petrol, diesel dan bahan api lain yang berasal dari petroleum juga adalah penyumbang terbesar peningkatan gas karbon dioksida di udara. Habis tu takkan kita nak tutup kilang, takkan nak jalan kaki, berenang, Jadi semuanya akan berlaku juga tapi boleh dilambatkan.

Bagaimana nak lambatkan??

Kita tahu puncanya adalah pelepasan gas karbon dioksida yang banyak. Jadi caranya:

1. Kurangkan pelepasan gas karbon dioksida..
..dengan cara 

  • kurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak, 
  • guna basikal
  • amalkan kongsi kereta
  • Stesen janakuasa elektrik sekarang guna petroleum dan arang batu untuk hasilkan tenaga elektrik boleh tukar guna kincir angin ke guna ombak atau empangan untuk hasilkan tenaga elektrik.
  • guna elektrik secara berhemah, (switch on kalau guna, off kalau tak guna)
  • guna alat elektrik yang jimat tenaga macam peti ais Toshiba aku yang ada sticker oleh Suruhanjaya Tenaga yang menyatakan ianya jimat tenaga 5 bintang,
  • kalau banyak duit beli kereta yang guna teknologi hybrid (kereta yang guna separuh petrol dan separuh tenaga elektrik untuk berfungsi),
  • guna sel solar, 

 
2. Tingkatkan penggunaan gas karbon dioksida
dengan cara..
  • banyakkan tanam pokok atau rumput di rumah....sebab...tumbuh-tumbuhan guna gas karbon dioksida untuk buat makanannya sendiri (fotosintesis)..jadi semakin banyak tumbuh-tumbuhan semakin banyak karbon dioksida digunakan dan semakin kurang karbon dioksida di udara dan semakin selamat bumi daripada Pemanasan Global. 
  • Jangan tebang pokok sebarangan kalau tak perlu. Macam pokok balak, kalau dah tebang tanam semula anak balak tu bukannya tebang dan tinggal. 

Jangan disebabkan wang kita gadaikan alam. Kalau kaya raya tapi duduk dalam keadaan yang kurang aman pun tak guna juga. Kalau kaya raya tapi sakit kanser kulit ke demam malaria ke tak guna juga.

Jadi buatlah yang terbaik untuk kita dan keluarga kita. Kalau bukan untuk kita pun BERKORBANLAH untuk anak, cucu, cicit, piut dan yang seterusnya.


ikhlas dari hati ke hati..

tornado in penang

tornado in kedah

tornado in perlis

waterspout in miri

waterspout in johor


Saturday, December 11, 2010

Paip ABS vs PVC

Paip ABS vs Paip PVC

ABS pipe vs PVC Pipe






Ni la paip ABS yang aku pasang sendiri kat tandas rumah aku. Aku pasang sebab tertarik tengok masa melawat rumah kakak ipar aku kat KL. Sebelum ni aku pasang guna paip PVC, tapi yang ini lebih menarik dari segi warna dan ketahanan. Cuma kos lebih tinggi sikit berbanding paip PVC, tapi masih murah berbanding paip keluli.


Kebaikan paip ABS

  • Mudah dipasang
  • Kuat
  • tahan hakisan luaran dan dalaman
  • kalis api
  • Pengalir haba yang lemah (so air tak panas sangat)
  • Kos rendah
  • Tidak perlu penyelenggaraan

    Alatan yang digunakan dalam pemasangan paip ABS
Alatan dan kos yang diperlukan dalam pemasangan paip ABS.

           Alatan                                      Kos (kat area aku la)

1. Gam paip ABS                                 RM6.50
2. kepala paip                                       RM4.00
3. Paip-paip ABS                                  RM10.00
4. Gergaji kecil                                     RM2.00
5. White tape                                        RM0.60
6. Mata drill untuk jubin (6mm)      RM18.00
                                                                                     RM41.10

paip ni aku pasang dulu sebelum yang lain


mahal tapi cantik

Gam paip ABS

Mata drill untk tile sekali beli boleh pakai ulang2.





Friday, November 26, 2010

Penentuan arah kiblat

Add caption


Kaedah melihat matahari terbenam menentukan kiblat tidak tepat???


Sudah semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.
 

Ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.


Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.

Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru. 


Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

Teodolite



Ushikata

 “Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang


Kaedah Penentuan Arah Kiblat






“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.



Rumusan :


Cara mengukur arah kiblat
  • Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
  • Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
  • Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
  • Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari 
  • Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
 sumber Berita Harian