Tuesday, December 14, 2010

Planet Nibiru Langgar Bumi??

Planet Nibiru Langgar Bumi ??



Jika anda ingat masa dulu kita digemparkan dengan penemuan planet baru yang diberi nama Planet X. Inilah planet Nibiru yang digembar gemburkan. Planet ini dikatakan adalah planet yang besar tapi aku tak pasti planet ni besar mana. Tapi yang penting mesti lebih besar darioada Bumi.

bintang V838 Mon,  yang dikatakan sebagai Nibiru


Terdapat kepercayaan mengatakan bahawa planet Nibiru ini akan melanggar atau hampir berlanggar dengan bumi pada awal abad ke 21 dan merosakkan sebahagian bumi. Fenomena ini dinamakan Nibiru Collision atau Pelanggaran Nibiru. Kepercayaan ini yang mula diusulkan oleh seseorang yang bernama Nancy Lieder pada tahun 1995 telah pun tersebar luas dan ramai yang telah mempercayai akan berlakunya keadaan sedemikian.

Bila kita dengar berita seperti itu kita pun mula berasa bimbang dan takut. Namun begitu berita ini dianggap tidak benar kerana tidak disokong oleh bukti-bukti ilmiah. Jadi jangan bimbang lagipun pihak NASA telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan planet Nibiru ini TIDAK WUJUD kerana tiada bukti sahih yang menyokong kewujudannya. Pihak NASA juga menyatakan planet Nibiru yang didakwa itu langsung tidak kelihatan dalam pemantauan mereka terhadap aktiviti angkasa lepas.



Tambahan pula pihak yang mempercayainya mendakwa planet Nibiru itu sudah semakin hampir dengan Bumi. Jadi kalau semakin hampir sepatutnya pihak NASA sudah pun boleh melihatnya dengan mata kasar tetapi ianya tidak kelihatan oleh kecanggihan teknologi NASA. Jadi sebenarnya cerita ini adalah cerita yang boleh dinafikan kebenarannya n life must go on!

No comments:

Post a Comment